Siapa yang tidak kenal Buah Delima. Buah Delima dikenali sangat menarik sama ada bentuk,warna kulit mahupun bijinya yang melambangkan kesuburan.Sedangkan intipati buahnya yang berwarna merah dan lazat bagaikan mata air salsabil disyurga. Sesetengah orang menganggapnya lambang kelahiran,kehidupan dan kematian.Kerana biji-biji buah Delimamengandungi air dan dapat mengeluarkan banyak air.
Buah delima atau dalam bahasa Arab Ar-Rumman disebut tiga kali dalam Al-Quran. Pokok delima antara pokok yang ada di syurga.Keunggulannya ialah susunan dalamannya...Maha Suci ALLAH yang mencipta. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.
Antara Khasiat buah Delima.
• Melawan penyakit gout
• Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
• Merawat ‘sinus’
• Meningkatkan tenaga
• Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan
mengeluarkan keracunan badan
• Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi
yang secukupnya
• Menormalkan fungsi hati
• Menstabilkan peredaran darah
• Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
• Mencuci darah kotor
• Antioksida yang tinggi
• Menstabilkan paras kolesterol
• Mencegah penyakit jantung
• Mencegah penyakit barah
Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:-
• Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh
darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan
mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
• Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan
pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima
sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
• Menghalang pembentukan sel barah payu dara. Di Jepun
terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima
dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah
tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak
lagi khasiat lain .
Lihatlah betapa banyaknya khasiat buah delima ini sehingga Rasulullah SAW juga bercakap mengenainya. Tidak semua tempat ada menjual buah delima tidak seperti buah-buah yang lain. Sekiranya anda mempunyai penyakit seperti yang disebutkan di atas, cubalah amalkan Insya ALLAH buah delima dapat mengurangkan masalah kesihatan.
With LOVE NURiNBAiDURi LAB @}~~~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan