Tahukah
anda yang warna memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian anda..Warna
juga penting untuk kesihatan anda..
Berdasarkan The Law of Repetition of Chronology, hari yang datang secara
berulang-ulang setiap tujuh bilangan membawa sesuatu vibration (visual light)
yang mendominasi hari tersebut. Setiap hari akan membawa vibaration dominasi
yang berbeza dan ia berulang setelah lengkap satu pusingan yang memakan masa
enam masa kejadian alam. Vibaration yang disukat menyamai dengan frekuensi
warna. Jadual di bawah menunjukkan ketetapan vibaration yang dikesan
mendominasi setiap hari.
ISNIN - PUTIH
(gabungan/istirehat/pertahanan)
0 - 279 nanometer
Warna PUTIH merupakan warna yang merangsang kelenjar Pineal dan kelenjar Pitutary. Menurut teori warna putih ini, seseorang itu perlu mempunyai tidur yang cukup untuk menghadapi hari Isnin. Ini kerana tidur yang tidak cukup akan membuatkan badan terasa lemah dan malas untuk bekerja atau ke kelas. Hari Isnin merupakan hari yang baik untuk pencetusan idea baru dan merangsang semangat baru.

Isnin adalah hari terbaik
untuk menyelesaikan masalah yang tertunggak kerana hari Isnin adalah hari yang
lebih kreatif dan efisyen.
SELASA - PINK/VIOLET
(kesucian rohani)
380 - 489 nanometer
Warna PINK/VIOLET ialah warna kasih sayang dan menyamai bahagian Thalamus. Mereka yang mengalami MIGRAIN akan merasa kelegaan setiap hari Selasa.
Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk BEREMOSI, MELUAHKAN PERASAAN KASIH SAYANG kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk MENGEMBARA atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan ketika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi.Dengan berpakaian PINK/VIOLET, kuasa pujukan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat.

RABU - BIRU
(kasih sayang/tumpuan)
490 - 544 nanometer
Warna BIRU ialah warna perangsang kelenjar Tyroid .Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).
Pada hari Rabu, didapati paras hormon Thyroxine yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid berada pada tahap optimum. Paras Thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari Rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyuarat, berpidato dan sebagainya.

KHAMIS - KUNING/OREN
(pemikiran/tenaga)
555 - 729 nanometer
Warna KUNING ialah warna rangsangan sistem penghadaman dan warna OREN ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi Pada hari Khamis, sepanjang siang hari kita dinasihatkan untuk tidak makan terlalu banyak pada waktu siang. Ini adalah untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan.

JUMAAT - HIJAU
(keseimbangan/iman)
545 - 554 nanometer
Warna HIJAU mempunyai tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi jantung dan paru-paru .Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga.
BIasanya pada hari-hari lain, kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana ketika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakan.

SABTU - MERAH
(keberanian/tuah/kemewahan)
730 - 780 nanometer
MERAH ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus Otot, darah ,Tulang dan Saraf). Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.
Hari Sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.

AHAD - HITAM
(keberanian/tuah/kemewahan)
0 - 279 nanometer
Pada hari ini, zarah-zarah akan tertumpu kepada satu kawasan sahaja berbanding hari lain yang bergerak secara rawak. Gerakan zarah ini akan menyamai zarah dalam air walaupun ianya zarah dalam atmosfera. Maka sepatutnya warna pada hari ini ialah putih, namun menjadi hitam kerana pergerakan zarah yang menyamai sifat air.
Hari Ahad merupakanhari yang paling sesuai untuk beristirehat. Memandangkan pergerakan zarah yang tidak stabil, pemakaian warna hitam akan mengelakkan diri dari terdedah kepada gelombang asing.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan