Khamis, 20 Jun 2013

Nikmat menjadi IBU



Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?Jawab Rasulullah,”Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

Rasulullah S.A.W pernah menjawab, “Ibu lebih penyayang daripada bapa & doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”. Begitulah hebatnya doa seorang ibu yang lebih makbul daripada lelaki.

1. Apabila seseorang perempuan mengandung janin di dalam rahimnya ,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan & menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
2. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil & wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.
3. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, maka keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan bayi yang baru lahir.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui dengan susu badannya, maka setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
7. Apabila semalaman ibu tidak tidur & memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 20 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

Allah berfirman-:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

 – Surah Luqman, ayat 14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan