Khamis, 15 November 2012
INFO KESIHATAN WANITA."KEPUTIHAN"
Masalah keputihan adalah sinonim pada wanita. Keputihan adalah lelehan lendir berwarna jernih atau kelabu keputihan yang keluar dari faraj wanita dan mempunyai pelbagai sifat dan berbeza pada setiap wanita yang lain.
Lazimnya, keputihan yang tidak berubah warna kepada kekuningan dan kehijauan bererti tiada jangkitan. Jika keputihan berlendir dan tidak membeku seperti susu basi atau berbau hanyir atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.
BAGAIMANA masalah keputihan terjadi?
Keputihan berubah mengikut perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubat-ubatan dan juga penyakit dalaman.Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.Keadaan stress juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.
Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial Vaginosis, Candida Vaginitis, Trichomonas Vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.
Setiap satu jangkitan mempunyai sifat yang berbeza dan bauan tertentu.Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah lendiran biasa dan bukan disebabkan jangkitan.
Simptom-simptom anda mengalami masalah keputihan.
-Mengalami masalah kegatalan pada faraj.
-Kerap mengalami 'white discharge' berwarna putih dan kekuningan serta berbau.
-Tidak selesa apabila 'bersama' suami.
-Perlu memakai panty liner setiap hari.
__________________________
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan