Rabu, 14 November 2012
@}~~~SALAM MAAL HIJRAH 1434 H.
Mari baca doa akhir dan awal tahun.Semoga sama-sama beroleh manfaat.Aamiin!!!.
Doa akhir tahun - Waktu membacanya, 3x pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, maka akan berkata syaitan "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada penghulu kami Muhammad S.A.W., ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah kami lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada kami melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Kau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan kami telah melakukannya di dalam keadaan di mana engkau berupaya untuk menghukum kami, tetapi Engkau mengilhamkan kami dengan taubat selepas keberanian kami melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya kami memohon keampunanMu, maka ampunilah kami. Dan tidaklah kami melakukan yang demikian daripada yang Kau redhainya dan Engkau menjanjikan kami dengan pahala atas yang sedemikian itu, maka kami memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai Yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan Wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dari kami dan janganlah Engkau menghampakan harapan kami kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada penghulu kami Muhammad S.A.W., ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun
(Dibaca 3 kali, setelah masuk waktu Maghrib pada malam 1 Muharram)
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada penghulu kami Muhammad S.A.W., ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. Yang awal dan ke atas kelebihanMu dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya. Dan kami memohon pertolongan dan perlindungan daripada nafsu kami yang banyak mendorong kepada kejahatan. Dan kami memohon kepadaMu untuk melalukan sebarang usaha yang boleh mendekatkan diri kami kepadaMu, Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada penghulu kami Muhammad S.A.W., ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya. Dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Semoga Allah menerima doa kita semua. Amin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan